Jumaat, 29 Ogos 2008

Luka

Aku pun heran la. Sejak akhir-akhir ni jari-jari aku asyik luka-luka je. Minggu lepas je dua jari ngan tapak tangan belah kiri luka. Lepas tu hari ni aku bangun tido jari belah kanan lak luka.

Ye aku tau orang-orang tua kata kalau jari gatal-gatal tu maknanya nak dapat duit. Tapi kalau jari luka-luka apa maknanya. Jangan nak hilang duit sudahlah. Haaaihhhhh

Current Mood : Susah hati

Khamis, 28 Ogos 2008

Sayang

Secara peribadi, aku tak berapa suke aku dipanggil sayang. Bagi aku ianya sedikit kurang menyenangkan. Tak kiralah sape yg panggil aku sayang, makwe, pakwe, kawan, makcik, pakcik, mak, abah, adik beradik, sume lah. Tak kiralah panggil aku sayang secara serius atau suka-suka.

Sebagai contoh seperti ayat berikut :

"Azlan sayang, sayang dah makan?"


Yuck! agak meloyakan. Gantilah seperti ayat di bawah, lebih mesraaaaa :-D

"Abang Azlan, abang dah makan?