Jumaat, 27 Jun 2008

Erk

"Kalau tempat duduk tu koyak, aku koyakkan belakang kau" kata bapak aku kat aku semalam

Isnin, 23 Jun 2008

Khamis, 19 Jun 2008

Kisah Seram

Semalam aku bawak motor pukul 1 pagi nak balik rumah. Tengah sedap-sedap aku bawak motor, aku rasa macam ade benda tarik-tarik rambut aku. Aku toleh kanan pun rasa ade benda tarik-tarik. Toleh kiri pun same. Aku dah rasa tak sedap. Aku dah la tengah lalu kat kawasan gelap. Kiri kanan depan belakang takde kenderaan pun.

Jadi atas sebab ingin tahu yang menebal di dalam hati, aku tabahkan juga diri aku untuk check ape benda yang tarik rambut aku tu. Check punya check. Laaa rupanya rambut aku sangkut kat kolar jaket. Buat seram je rambut ni.

(^_^)

Isnin, 16 Jun 2008

Manis

*Perbualan di alam maya.


Lelaki : Hehe. Awak ni manis la.

Perempuan : Mana awak tau saya manis? Awak dah rasa ke?

Lelaki : Erk!!??


*Ini kisah benar

Sabtu, 14 Jun 2008

8 Tahun Lepas Punya Cerita.

Ok ni 8 tahun lepas nya cerita. Ntah kenape. Laju je tangan aritu melukis. Segala gambar yang aku lukis jadi. Kapal selam, kereta, batman, bangunan, ayam sume jadi. Lawa lak tu. Tengah aku sibuk-sibuk menghasilkan karya masterpiece aku. Aku dengar bunyi orang batuk kecil yang dibuat-buat. Aku toleh belakang. Aku nampak cikgu tengah pandang aku ngan karya masterpiece aku dengan jelingan yang sungguh tajam. Aku sengih je kat cikgu.

20 minit kemudian, aku sibuk memadam balik karya-karya masterpiece kapal selam, kereta, batman, bangunan, ayam kat meja sekolah aku.

Lukisan ni aku baru lukis semalam.

Khamis, 12 Jun 2008

Gaya Seorang Handsome Man


"Hari ni kitorang hensem, ko tak hensem" kata Jackput dan Bryan.

"Yela put, bryan"

Gambar Dari Dalam Rumah Azlan Dawai








Err.. yang ni kat belakang rumah Azlan Dawai

Rabu, 11 Jun 2008

Hujan

Semalam dua kali tidur aku terganggu karena hujan.
Pertama gigi aku kalau time hujan² ni memang sakit pasal gigi aku berlubang. Jadi aku pun sapu la minyak angin kat pipi dengan harapan aku dapat la tidur yang lena.

Sekali sangkaan ku meleset. Sedang nyenyak tidur, aku rase pesal pipi aku ade air ni, bangun² aku tengok siling bocor da. Mengelebah aku cari besen buat tadah air bocor tu.

Lepas dah selesai aktiviti menadah air bocor, aku pun landing la balik kat katil. Watdefak! setengah dari katil aku dah basah dek air bocor tadi. Pergh menyirap aku. Oleh sebab aku dah mengantuk bangat, aku tido jela. Tido kat bahagian lagi setengah katil bujang aku yang tak basah tu.

Selasa, 10 Jun 2008

Tit tit tit

Gadis : Saaaaaaaaaaaaayang awak. Muah muah. Awak sayang saya tak?

Lelaki : Saya pun sa...... (Tit tit tit "Battery Empty")

Lelaki : "Sial", dalam hati

Pasal ko tak......

Pemuda A : Apesal awek tu ngan member-member dia asyik pandang-pandang aku lepas tu sengih-sengih ar?

Pemuda B : Yela, pasal ko tak zip seluar ko

Amazing Race

Aritu aku tengok cerita Amazing Race kat tv. Mamat dari team yang corot tu cakap kat awek dia masa diorang dah kalah, dia cakap "Tak semestinya duit yang buat kita kaya".

Ayat tu betul-betul buat aku termenung sejenak.

Isnin, 9 Jun 2008

KL

Azlan Dawai : Put esok pegi kl nak dress up camne?

Jackput : Dress up biasa² je.


ESOKNYA.....

Amik ko Jackput nye dress up. Kemeja kotak², rambut berminyak rambut Code 10, seluar biru warna tak luntur lagi. Aku tengok dah macam orang nak pegi interview kerja kerajaan dah put.

Sabtu, 7 Jun 2008

Tak kenal maka tak cinta

Tak kenal maka tak cinta

ataupun

Tak cinta maka tak kenal?

Ape aku ngarut nih.

Haiihhh.

Selasa, 3 Jun 2008

(^_^)

Masa tu aku jalan sorang² menuju ke kedai makan.
Tiba-tiba ade 2 orang awek berpakaian fit, nampak longkang, spek belalang tunjuk kearah aku dan menjerit "ANUAR ZAINNNNNNNNNN!!!!"

Dating

Semalam aku gi dating ngan awek aku. Yela dah lama tak gi dating kan. Al maklumlah kan awek aku tinggal kat KL. Aku lak duduk kat melaka. Nak jumpa pun susah kan. Jadi disebabkan dan satu bulan 13 hari tak berjumpa, aku pun ajak la dia dating kat Melaka tempat aku ni. Janji dating pukul 1 tengahari kat shopping mall, aku boleh pulak bangun pukul 1.30. Haha. Bangun² je aku check handphone aku ade 13 missed call, ngan satu mesej yang bertulis "Sayang, awak kat mane? Dah 30 minit saye tunggu tau?, I love you, Muah". Lepas tu aku pun balas "Jalan jam la ni sayang, sayang tunggu jap tau" dengan selamba.

Lepas mandi² ngan siap² lebih kurang, aku pun bergegas pergi ke shopping mall untuk berjumpa ngan awek tersayang. Dalam perjalanan time aku nk potong kereta kat depan tu, aku pun pandang la side mirror nak tengok kat belakang clear ke tak kan, tetiba!!!! Sial arh!!!, aku lupa nak shave arini la. Pergh dah seminggu tak shave ni, nak buat camna arr? Takkan nak berenti kat stesen minyak lepas tu beli shaver, shave dalam toilet? Selepas memikirkannye selama 1 minit, aku buat keputusan gamble jela. Tak shave pun macho gak rupa :-D

Dah sampai kat shopping mall aku tengok parking full pulak. Aiseh camne ni? Awek dah tunggu dah ni. Arhhhh selambe jela parking selit tepi kedai tu. Lepas parking, cepat² aku berlari-lari anak ketempat perjanjian ngan awek. Dari jauh aku dah senyum kat awek aku pasal mak aku pernah cakap "Kalau kita senyum kat orang, nanti orang tu tak jadi marah kat kita". Awek aku pun senyum je aku tengok, nasib baik dia senyum. Haha. Lepas peluk ciom lebih kurang, awek aku cakap nak gi makan dulu. Aku pun on je la, memandangkan aku pun belom makan, malam semalam pun makan megi je. Time tengah makan tu awek aku asyik cakap aku makin hensem la. Cute pun jugak. Sampai aku nak makan pun tersipu-sipu. Dalam hati aku pikir "Ni puji melambung ni mesti nak apa-apa ni". Tapi aku tengok awek aku ni kalau time bercakap memang cute, sampai boleh menaikkan nafsu lah. Dengan suara halus yang serak² basah, dengan bibir yang kecil dan mungil, dengan raut muka dan diselangi mimik² muka yang menghairahkan dari awek aku, aku pun dengar la cerita dia dengan penuh perhatian dan ghairah. Tiba-tiba!!!, awek aku cakap dia sakit perut. Aiseh orang tengah dok sedap dengar cerita dia, dia leh sakit perut lak. Dia kata nak gi toilet, aku cakap nak ikut, dia cakap nk kene pelempang?. Haha. Kesudahannya aku tinggal sorang² je makan.

Sedang aku dok habiskan makanan sorang², aku tengok ade sorang awek ni asyik pandang² aku jela. Aku pun buat tak tau jela sebab aku tengah melantak, aku kalau melantak memang tak pandang kiri kanan punye. Lepas makan, aku pun duduk menyandar bagi perut aku proses makanan tadi. Aku perasan awek tadi tu pandang² lagi aku. Aku pun pun senyum la kat dia. Lepas senyum aku tengok dia datang kat aku, Terus dia duduk kat kerusi awek aku. Alamak ni kalau awek aku nampak mampus aku ni. Dia cakap nama dia Reen. Dia kata aku hensem. Macam pelakon telenovela. Aku pun mengiyakan jela. Makin lama aku tengok Reen ni makin lawa pulak. Body cutting model, muka sejuk mata memandang, rambut lurus panjang. Time borak² ngan Reen aku tengok tangan dia pun jalan² jugak. Kejap kat peha aku, kejap kat bahu aku, kejap kat leher aku, kejap kat rambut. Tiba-tiba dia cakap nak ciom aku boleh tak? Pergh gila la minah ni, gila selamba siot. Aku pun on jela. Aku pun ciom. Ciom. Ciom. Ciom. Ciom dan malas lagilah aku nak tulis mengarut². Aku tulis ni pun pasal aku bosan kat tempat keje. (^_^)

*Hanya cerita rekaan semata-mata