Jumaat, 28 Mac 2008

Betul ke "Merah Itu Cinta"

Semalam masa aku tengah lepak ngan member kat kedai mamak.
mata aku terpandang ke tv kt kedai mamak tu yg menyiarkan iklan drama yang bertajuk "Merah Itu Cinta".

Lepas tu aku terus terpikir. Betul ke "Merah Itu Cinta". Kalau biru tak cinta ke? hijau tak cinta ke? kuning tak cinta ke?

Tapi setahu aku la kan. Merah itu adalah Ong bagi masyarakat cina.
dan juga mitos mengatakan kalau benda warna merah akan disondol oleh lembu.
aku cakap mitos sebab aku penah tgk rancangan Mythbuster kat saluran Astro yang membuat ujikaji dan hasilnya lembu bukan sondol benda warna merah. tapi akan sondol sume bende yang bergerak yang ada depan lembu tu walau apa pun warnanye.

kawan aku pun pernah perli aku mase aku beli baju warna merah. dia cakap "Beli baju warna merah, tengah dilamun cinta ke?"

tapi aku masih terpikir. betul ke "Merah Itu Cinta".

teringat lagu Anita Sarawak bertajuk Cinta Buah Epal yang berbunyi "Kau merah~~ sangatlah menghairahkan~~"

5 ulasan:

rotkappchen berkata...

pada pendapat aku..merah itu sering dikaitkan dengan warna cinta oleh kerana merah selalu dikatakan sebagai warna keghairahan dan sebagainyer..so its ok la warna merah itu dikatakan cinta!hee..
aku pun suker merah!
hidup MERAH!hee

jackput berkata...

ade sorang member beli 3 helai baju dekat bundle semalam.
pilih,pilih,pilih
pastu aku prasan yang sumenya warna merah.
hahaha.kutukle.
lepas tu lepak dekat mamak.
kluar pulak iklan 'Merah itu Cinta'

aku pn pandang si Lan.
die tersengih.
:p aku suka kebetulan tu.
woot! woot!

Azlan Dawai berkata...

Yeke Rot
tapi bagi aku la kan warna merah tu warna garang, panas

bagi aku kalau warna cinta mestilah warna pink
lembut,ayu dan suci.

:-)

Azlan Dawai berkata...

Jackput ko jangan macam-macam
aku bukak rahsia ko kang
hehe

jackput berkata...

pink=merah jambu.
merah la jugak.
hehehe.jambu jugak aku nih.
:p