Isnin, 15 September 2008

Tag

Semalam aku baca blog dia ni, kat akhir post blog dia tu dia tulis "Aku tag : Semua orang!!"

Jadi aku rasa aku kene tag dan kene jawab kot

15 perkara tentang Azlan Dawai :


1. Di kalangan keluarga dan kawan-kawan aku, aku rasa rambut aku paling keras. Dah lah keras, takde style pulak tu. haiihhh.

2. Aku penah jatuh dari bas. Jatuh dari pintu bas, lepas tu terseret kira-kira 10 meter. Nasib baik ade beg kat belakang, kalau tak mau koyak belakang aku. Beg aku koyak rabak time tu

3. Aku penah lari dari Tadika. Lepas tu menyorok kat belakang dapur umah.

4. Kawan aku penah cakap rupa aku lepas mandi hensem. Macam pelakon jepun dia cakap. Lagi-lagi kalau time rambut aku basah.

5. Ade awek mexico pernah cakap muka aku macam orang mexico. Haha

6. Aku suka main alat muzik. Tapi tak pandai. Huhu

7. Aku suka tengok filem/drama yg hero dia tak tough, tak kaya, tak macho tapi pandai, selamba dan ada unsur-unsur humor sikit.

8. Dulu aku penah simpan rambut panjang. Lepas tu sume cakap aku macam Anuar Zain

9. Aku kalau marah. Muke ketat. Pastu suara garau. Sila ambil notis

10. Saya suke bersms

11. Aku suke dengar sume muzik. Tak kira la, aku paham ke tak lirik/bahasa dia. Kalau kena dengan citarasa aku, memang aku layan walaupun muzik tu dari Nepal sekalipun.

12. Aku kalau makan nasi, lauk mesti satu je, takde banyak-banyak. Pastu mesti ade ayam/ikan/telur goreng.

13. Ada orang cakap aku nampak muda (ntah ape yang muda ntah)

14. Aku kalau menaip laju tapi banyak salah(haha)

15. Aku rase kalau korang tengok aku depan-depan, mesti korang cakap "Apesal dia ni nampak lain dari myspace/blog ek?"

2 ulasan:

little e=two berkata...

10. Saya suke bersms

xde sms eza pun.hurm

rotkappchen berkata...

4. Kawan aku penah cakap rupa aku lepas mandi hensem. Macam pelakon jepun dia cakap. Lagi-lagi kalau time rambut aku basah.
(mesti kawan kaw tgk kaw macam matsumoto jun dlm hana yori dango la tue time dier hbs mandi..)