Sabtu, 27 September 2008

Baju

"Bila nak beli baju raya ni?" tanya aku.

"Ala beli pun buat apa, bukan nak pegi beraya umah awek pun nanti" jawab kawan aku

Jumaat, 26 September 2008

Haiiihhhhhh............

Tadi masa aku tengah baca-baca blog, aku terbaca ayat dalam blog yang bertulis "Aku dah kata, perempuan comel mana mungkin takde boyfriend"

Haiihhhhh (-_-)

Blog

Dulu aku suka baca satu blog ni la. Tapi sejak dua menjak ni kan, aku rasa blog dia tu agak keterlaluan la dan kadang-kadang juga ayat-ayat yang dia guna agak mengjengkelkan. Siap ade kategori-kategori lagi untuk subjek yang dia tulis dalam blog dia tu.

Bagi aku agak kurang best la kan.

Misai

Akibat terpengaruh dengan ayat awek mexico yang berbunyi "Because moustache is the best" aku telah menyimpan misai sejak bulan 8 aritu.

Tapi aku membuat keputusan untuk membuang misai aku semalam kerana apabila aku minum teh atau air-air yang berperisa aku perasan rasa air itu melekat pada misai aku. Itu membuatkan aku rimas. Jadi untuk awek mexico tu, sorry la ek. Mungkin misai bagi orang lain boleh la kot, bagi aku tak. Huhu

Selasa, 23 September 2008

Game Tape

Semalam masa lepak-lepak ngan member pada malam hari, tetiba diorang ni bukak cerita pasal game tape yang dulu-dulu masa sekolah rendah selalu main. Jadi balik je dari melepak, aku terus attack aku punya stor untuk mencari la game tape aku. Cari punya cari jumpe jugak Micro Genius aku. Aku pun dengan terujanya terus sambung kan game tu masuk ke tv. Pergh sekali kuar gambar la. Terus aku layan game Ninja Turtle 3, Super Contra, Double Dragon 2, Robocop 2 dan Pacman sampai pagi.


*Aku punye game design yang tape kuning tu

Jumaat, 19 September 2008

Puasa

Setiap kali aku berborak di ym, myspace, sms atau secara berdepan di bulan puasa ni, mesti ada soalan ni di ajukan pada aku "Arini puasa tak?"

Jadi kekadang aku saja menipu dengan mengatakan "aku tak puasa arini walaupun aku puasa sebenarnya", "aku puasa arini walaupun aku tak puasa sebenarnya", ataupun "aku puasa arini walaupun tadi dah minum air"

Kalau dah bulan puasa, mestilah jawapannya puasa, puasa tu kan wajib di bulan puasa.

Khamis, 18 September 2008

Awekku bukan awekku

Tadi aku ade nampak orang nak log in Yahoo Messenger, dia masukkan password dulu baru masukkan id name.

Selasa, 16 September 2008

Lesen

Aku rasa kalau aku dah ade lesen, aku nak beli kereta kat bawah ni la

Isnin, 15 September 2008

Tag

Semalam aku baca blog dia ni, kat akhir post blog dia tu dia tulis "Aku tag : Semua orang!!"

Jadi aku rasa aku kene tag dan kene jawab kot

15 perkara tentang Azlan Dawai :


1. Di kalangan keluarga dan kawan-kawan aku, aku rasa rambut aku paling keras. Dah lah keras, takde style pulak tu. haiihhh.

2. Aku penah jatuh dari bas. Jatuh dari pintu bas, lepas tu terseret kira-kira 10 meter. Nasib baik ade beg kat belakang, kalau tak mau koyak belakang aku. Beg aku koyak rabak time tu

3. Aku penah lari dari Tadika. Lepas tu menyorok kat belakang dapur umah.

4. Kawan aku penah cakap rupa aku lepas mandi hensem. Macam pelakon jepun dia cakap. Lagi-lagi kalau time rambut aku basah.

5. Ade awek mexico pernah cakap muka aku macam orang mexico. Haha

6. Aku suka main alat muzik. Tapi tak pandai. Huhu

7. Aku suka tengok filem/drama yg hero dia tak tough, tak kaya, tak macho tapi pandai, selamba dan ada unsur-unsur humor sikit.

8. Dulu aku penah simpan rambut panjang. Lepas tu sume cakap aku macam Anuar Zain

9. Aku kalau marah. Muke ketat. Pastu suara garau. Sila ambil notis

10. Saya suke bersms

11. Aku suke dengar sume muzik. Tak kira la, aku paham ke tak lirik/bahasa dia. Kalau kena dengan citarasa aku, memang aku layan walaupun muzik tu dari Nepal sekalipun.

12. Aku kalau makan nasi, lauk mesti satu je, takde banyak-banyak. Pastu mesti ade ayam/ikan/telur goreng.

13. Ada orang cakap aku nampak muda (ntah ape yang muda ntah)

14. Aku kalau menaip laju tapi banyak salah(haha)

15. Aku rase kalau korang tengok aku depan-depan, mesti korang cakap "Apesal dia ni nampak lain dari myspace/blog ek?"

Rabu, 10 September 2008

Selamat Hari Jadi

Tadi lepas berbuka baru aku tau hari ni hari jadi mak aku.

Selamat Hari Jadi Mak

Semoga Panjang Umur

Jumaat, 5 September 2008

Urban

Semalam masa balik dari lepak ngan member², terdetik pula di hati nak dengar muzik urban. Jadi aku ambik keputusan untuk singgah ke kedai vcd/cd cetak rompak untuk beli cd Gym Class Heroes. Tapi hampa beb, takde pun cd Gym Class Heroes, yang ada pun cd The Ting Tings je, tapi aku tak beli la. Tak berape minat. Mungkin esok lusa kalau dah minat giler baru aku beli.

Nampak gaya aku kena pegi kedai vcd/cd cetak rompak kat bandar pulak lah. Mungkin ade cd Gym Class Heroes.

Rabu, 3 September 2008

Hasil analog tidak diedit digital adalah terbaik!



























Pocong

Semalam masa aku ngan member aku balik dari lepak minum dalam pukul 2 pagi. Tengah sedap-sedap layan selekoh, sampai nk dekat satu selekoh ni, aku nampak macam patung. Kalau ikut aku punye pemerhatian, macam patung Oscar. Tapi bila dah dekat nampak macam pocong pulak. Ye pocong yang hantu berbungkus ngan kain putih tu. Tapi aku sangsi la tu pocong, sebab aku sangsi ialah :

1. Kain pocong tu bersih sangat, macam baru beli kat kedai
2. Pocong ni nampak sasa.
3. Bulan ni bulan puasa. Cikgu aku cakap bulan puasa setan sume kene ikat.
4. Memang aku punye naluri cakap pocong ni tak real

:-D