Sabtu, 21 Mac 2009

Pukul 3.00 pagi

Pukul 3 pagi.
Perutku terasa lapar.
Didalam kepala sudah terfikir maggi goreng yang baru dibeli.
Tapi takkan nak makan maggi goreng kosong je kot.
Koman-koman mesti ada telur goreng.
Aku pergi ke dapur untuk menggoreng telur.
Di celah-celah kesunyian awal pagi tiba-tiba terdengar salakan anjing sahut menyahut.
Makin lama makin kuat.
Sambil mengoreng telur dalam hati ku berkata"Apasal kuat sangat anjing ni menyalak?"
Didalam hiruk pikuk bunyi anjing menyalak, hujung telingaku mendengar sesuatu yang agak berlainan dari bunyi salakan anjing.
Ku cuba fokus, cuba untuk amati bunyi itu.
Bunyi itu adalah bunyi seperti orang menangis, bunyi perempuan menangis to be exact.
Aku pun hairan, sebab rumah yang paling dekat dengan rumahku pun jaraknya 20 hingga 25 meter.
Kalau ada orang menangis pun takkan la aku boleh dengar dengan sebegitu jelas?
Ya memang jelas, macam di sebelah dapur ku sahaja datangnya bunyi tangisan itu.
Ada la dalam 3 minit bunyi tangisan tu aku dengar dengan jelas.
Pabila bunyi salakan anjing berhenti, bunyi tangisan tu pun sama berhenti.
Bulu roma tangan dan tengkuk sudah naik meninggi, aku apa lagi, amik telur goreng, kemas kuali, pergi ruang tamu, makan maggie goreng dengan telur goreng.

Sekian

1 ulasan:

symbiotes021 berkata...

Aik, habis cenggitu aje?