Selasa, 3 Jun 2008

Dating

Semalam aku gi dating ngan awek aku. Yela dah lama tak gi dating kan. Al maklumlah kan awek aku tinggal kat KL. Aku lak duduk kat melaka. Nak jumpa pun susah kan. Jadi disebabkan dan satu bulan 13 hari tak berjumpa, aku pun ajak la dia dating kat Melaka tempat aku ni. Janji dating pukul 1 tengahari kat shopping mall, aku boleh pulak bangun pukul 1.30. Haha. Bangun² je aku check handphone aku ade 13 missed call, ngan satu mesej yang bertulis "Sayang, awak kat mane? Dah 30 minit saye tunggu tau?, I love you, Muah". Lepas tu aku pun balas "Jalan jam la ni sayang, sayang tunggu jap tau" dengan selamba.

Lepas mandi² ngan siap² lebih kurang, aku pun bergegas pergi ke shopping mall untuk berjumpa ngan awek tersayang. Dalam perjalanan time aku nk potong kereta kat depan tu, aku pun pandang la side mirror nak tengok kat belakang clear ke tak kan, tetiba!!!! Sial arh!!!, aku lupa nak shave arini la. Pergh dah seminggu tak shave ni, nak buat camna arr? Takkan nak berenti kat stesen minyak lepas tu beli shaver, shave dalam toilet? Selepas memikirkannye selama 1 minit, aku buat keputusan gamble jela. Tak shave pun macho gak rupa :-D

Dah sampai kat shopping mall aku tengok parking full pulak. Aiseh camne ni? Awek dah tunggu dah ni. Arhhhh selambe jela parking selit tepi kedai tu. Lepas parking, cepat² aku berlari-lari anak ketempat perjanjian ngan awek. Dari jauh aku dah senyum kat awek aku pasal mak aku pernah cakap "Kalau kita senyum kat orang, nanti orang tu tak jadi marah kat kita". Awek aku pun senyum je aku tengok, nasib baik dia senyum. Haha. Lepas peluk ciom lebih kurang, awek aku cakap nak gi makan dulu. Aku pun on je la, memandangkan aku pun belom makan, malam semalam pun makan megi je. Time tengah makan tu awek aku asyik cakap aku makin hensem la. Cute pun jugak. Sampai aku nak makan pun tersipu-sipu. Dalam hati aku pikir "Ni puji melambung ni mesti nak apa-apa ni". Tapi aku tengok awek aku ni kalau time bercakap memang cute, sampai boleh menaikkan nafsu lah. Dengan suara halus yang serak² basah, dengan bibir yang kecil dan mungil, dengan raut muka dan diselangi mimik² muka yang menghairahkan dari awek aku, aku pun dengar la cerita dia dengan penuh perhatian dan ghairah. Tiba-tiba!!!, awek aku cakap dia sakit perut. Aiseh orang tengah dok sedap dengar cerita dia, dia leh sakit perut lak. Dia kata nak gi toilet, aku cakap nak ikut, dia cakap nk kene pelempang?. Haha. Kesudahannya aku tinggal sorang² je makan.

Sedang aku dok habiskan makanan sorang², aku tengok ade sorang awek ni asyik pandang² aku jela. Aku pun buat tak tau jela sebab aku tengah melantak, aku kalau melantak memang tak pandang kiri kanan punye. Lepas makan, aku pun duduk menyandar bagi perut aku proses makanan tadi. Aku perasan awek tadi tu pandang² lagi aku. Aku pun pun senyum la kat dia. Lepas senyum aku tengok dia datang kat aku, Terus dia duduk kat kerusi awek aku. Alamak ni kalau awek aku nampak mampus aku ni. Dia cakap nama dia Reen. Dia kata aku hensem. Macam pelakon telenovela. Aku pun mengiyakan jela. Makin lama aku tengok Reen ni makin lawa pulak. Body cutting model, muka sejuk mata memandang, rambut lurus panjang. Time borak² ngan Reen aku tengok tangan dia pun jalan² jugak. Kejap kat peha aku, kejap kat bahu aku, kejap kat leher aku, kejap kat rambut. Tiba-tiba dia cakap nak ciom aku boleh tak? Pergh gila la minah ni, gila selamba siot. Aku pun on jela. Aku pun ciom. Ciom. Ciom. Ciom. Ciom dan malas lagilah aku nak tulis mengarut². Aku tulis ni pun pasal aku bosan kat tempat keje. (^_^)

*Hanya cerita rekaan semata-mata

2 ulasan:

Akma Laila berkata...

bapak lawak hasil karya fiksyen kau. terpercaya pulak aku. ahahahhahaha

little e=two berkata...

kuat gle berfantasi si lan nie rupanya!