Semalam dua kali tidur aku terganggu karena hujan.
Pertama gigi aku kalau time hujan² ni memang sakit pasal gigi aku berlubang. Jadi aku pun sapu la minyak angin kat pipi dengan harapan aku dapat la tidur yang lena.
Sekali sangkaan ku meleset. Sedang nyenyak tidur, aku rase pesal pipi aku ade air ni, bangun² aku tengok siling bocor da. Mengelebah aku cari besen buat tadah air bocor tu.
Lepas dah selesai aktiviti menadah air bocor, aku pun landing la balik kat katil. Watdefak! setengah dari katil aku dah basah dek air bocor tadi. Pergh menyirap aku. Oleh sebab aku dah mengantuk bangat, aku tido jela. Tido kat bahagian lagi setengah katil bujang aku yang tak basah tu.
Chebyshev Interval
7 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan