Khamis, 9 Oktober 2008

Tidur

Semasa tidur yang lama semalam (8 malam sampai 11 malam, sambung balik 1 pagi sampai 9.30 pagi) aku telah bermimpi kembali ke alam persekolahan. Ye sekolah yang pakai baju kemeja putih ngan seluar kaler hijau gelap tu. Yang masih aku ingat dalam mimpi tu cikgu aku, aku ingat lagi cikgu tu, cikgu form 1 aku, tanye sape tau name kedai buku yang ade kat malaysia ni.

Bebudak ni pun berharuk la jawab, ada yang cakap kedai buku thai kuang la, kedai buku nathan la, kedai buku maplay la, aku lak?, aku jawab "Kedai buku MPH yang ade kat Jaya Jusco cikgu". Antara dalam mimpi tu, muka budak-budak yang aku ingat ade la budak-budak dari form 1, form 2 , darjah 6. Yang paling aku cam budak ni, nama dia Asyraf Aziz.

Asyraf Aziz dari kelas 6 Bakawali, Sekolah Kebangsaan AU Keramat, kalau ko ade terbace ni, kontek-kontek la aku ye. Huhu, rindu zaman kanak-kanak aku

Tiada ulasan: