Jumaat, 28 November 2008

Self Potrait


Gambar di atas mewakili diri aku tapi dari segi superhero la. Sebab-sebabnya ialah :

Yang pertama :
Bass - Aku suke bass tapi tak pandai main. Huhu

Yang Kedua :
Kamen Rider - Aku suke Kamen Rider. Die hard fan!

Yang Ketiga :
Badan Tough - Nak badan tough tapi apakan daya badan kering. Huhu

Sekian saja utk kali ini

Khamis, 27 November 2008

Entry tentang Rotkappchen a.k.a Rot



Aritu aku ade cakap-cakap ngan dia ni kalau dia buat entry blog pasal aku nanti aku buat entry blog pasal dia pulak. Aku ingatkan dia memain je nak buat entry blog pasal aku, sekali arini aku tengok ade pulak entry blog pasal aku kat blog dia. Jadi aku buat entry pasal dia sebagai membalas entry yang dia buat pasal aku sebab aku pegang pantun sekolah rendah aku "Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas" :-D.

Ok memule, nama glamer dia Rotkappchen a.k.a Rot. Name betul dia? Ntah aku pun tak tau. Tapi adik dia cakap Najwa. Najwa la kot name betul dia. Hehe. First time aku jumpe dia mase kat Jamming Sessions Azizi. Memule aku ingat kan dia baya aku atau atas aku pasal dia besar tinggi kan (aku selalu ingat orang yang lagi besar dari aku mesti lagi tua dari aku).

Setau aku la kan, dia ni minat anime, cosplay, japanese drama, japanese movie, ape-ape yang berkaitan jepun lah. Dia cakap dia penah pegi Bon Odori yang kat Malaysia, aku ingat nanti aku pun nak pegi la. Dapat jumpa awek jepun, Hehe. Dan lagi, dia ni minat fotografi jugak. Banyak jugak gambar-gambar yang dia ambik yang cantik dan aku suka. Itu saja entry untuk Rot ni. Nak tulis banyak-banyak aku tak reti la :-D

Rot, untuk entry pasal aku ko ade letak gambar yang ko lukis kan, tapi untuk entry ko ni aku takde mood la nak melukis, jadi aku edit-edit je lah gambar ko ek :-D


klik utk besar

Dalam Dilema

Aku sekarang dalam dilema.
Tak tau nak pilih yang mana.
Dua-dua ade kelebihan dan kekurangan sendiri.
Satu kecik, petite orang putih cakap.
Satu lagi besar, banyak aksesori

Haihhhh pening-pening nak pilih laptop atau desktop?

Rabu, 26 November 2008

Kurus

Ada satu perkara yang akan disebut tatkala kawan-kawan lama aku (yang tak jumpa dalam setahun, dua tahun, setengah tahun ataupun tiga empat bulan) akan sebut apabila dia jumpa atau terserempak ngan aku pada waktu sekarang. Antara ayat yang keluar dari mulut diorang ialah "Kurus ko ni Lan", "Makin kurus aku tengok ko Lan", "Ko tak makan ke Lan" gila ape aku tak makan dan macam-macam lagi la yang keluar dari mulut diorg.

Aku pun heran. Sebab rata-rata kawan-kawan lama aku ni dari zaman sekolah atau zaman kolej. Masa waktu sekolah, tingkatan 5 aku timbang berat aku 45kg (ni masa hujung tahun) , sekarang berat aku 55kg. Jadi camne la diorg kata aku makin kurus. Haih heran. Kalau waktu kolej lak, berat aku 56kg, sekarang berat aku 55kg, kurang 1kg je, mane de beza sangat. Haih heran lagi. Ataupun aku semakin tinggi?, tu pasal diorg semua nampak aku makin kurus? Ntah la, takde tinggi pun aku rase, kalau tinggi pun 3,4 cm je kot.

Hmmmm. Tapi ahad lepas ada kawan aku cakap badan aku tough, dia cakap badan aku macam ada kepak. Haha bangga-bangga :-D

Isnin, 24 November 2008

Kamera Canon A-1











Saya sudah tangkap cintan sama ini kamera (^_^)

Sabtu, 22 November 2008

Salah

Aku nak masuk laman web, tapi tersalah taip. Yang keluar macam kat bawah ni :


Hehe :-P

Rabu, 19 November 2008

Tak sabar

Tak sabar nak tunggu ahad ni sebab tak sabar nak test dia. Aku tunggu saat nak test dia ni dari minggu lepas lagi. Dari bulan lepas aku dok aim je dia. Nak dapat dia pun bukan senang. Susah payah aku dapatkan dia. Aku call, aku sms, aku email semata-mata nak dapatkan dia. Nak dapat pun bukan free je, lebih kurang beratus gak ar aku abis.

Ahad ni memule dulu aku nak pegang-pegang dia, dapatkan posisi mana yang selesa untuk aku, lepas tu tengok-tengok ape yang patut. Kalau dia dah sedia, aku tekan dua tiga kali, nak tengok dia ok ke tak, kalau dah dia ok, memang aku terus tekan sampai abis. Takde kasi can punye. Tak sabar......

Selasa, 18 November 2008

Teringat


Semalam masa main game ni tetibe teringat zaman kanak-kanak. Ahhhhhh so nostalgic.

Isnin, 17 November 2008

Semalam

Semalam abang aku pegi bercuti ngan kawan-kawan dia kat Perak. Jadi satu hari dia takde la. Aku pun boring semalam duduk umah takde buat apa-apa. Jadi aku pun on dia punye laptop, godek-godek sampai lebam. Huhu "macam-macam" ada dalam laptop dia ni.

Dia ni


Dia ni suruh aku buat entry pasal dia. Jadi aku buat gak la. Hehe. Dia ni umur rasenye 13 tahun kot. Dia ni kelakar, baik, happy dan kekadang "nakal" sikit. Dulu mase memule aku tgk gambar kat atas aku ingat dia dalam 19 camtu la, rupenye 13 tahun. Hehe

Hensem

Hari tu aku ade tgk rancangan talk show taiwan la. Ni aku alih bahasa dia punye dialog

Pengacara 1 : Silakan peserta seterusnya!!!

Peserta keluar dari tirai berkilau-kilau


Pengacara Lelaki : Nama anda?

Peserta : %$*% (tak ingatlah nama dia)

Pengacara Lelaki : Umur?

Peserta : 25 tahun

Pengacara Perempuan : Kacaklah dia!!

Pengacara Lelaki : Yela kacak, macam saya.

Peserta : Hehe (sambil tersenyum malu)

Pengacara Perempuan : Ada makwe?

Pengacara Lelaki : Mesti ade ni kot, tgk gaya pun dah tau

Peserta : Takde, dulu time sekolah ade la

Pengacara Lelaki : Tipulah

Pengacara Perempuan : Betul, takkan takde, muke selenge macam Abg Xian (merujuk kepada Pengacara Lelaki) pun ade makwe.

Peserta : Betulah takde

Pengacara Lelaki : Tula, orang cakap kalau lelaki yang kacak-kacak ni selalunya takde makwe

Pengacara Perempuan : Memang lah, tu pasal awak(merujuk kepada Pengacara Lelaki) ade makwe

Pengacara Lelaki : Saya separa kacak, tu pasal ade makwe

bla bla bla

Haha, aku tergelak je tgk rancangan ni. Tapi pikir-pikir balik, memang betul gak yang dikatakan oleh pengacara lelaki tu, pasal aku tengok kawan-kawan aku yang rupenye takde la kacak sangat, biasa-biasa je, sume boleh di katakan ade makwe, yang memang betul-betul kacak aku tengok single je memanjang. Hmmm . Aku pun sekarang takde makwe. Adakah aku ni........




Sabtu, 15 November 2008

Kucing


Aku perasan kan, kebanyakan blog-blog yang aku selalu lawati mesti ade entry pasal kucing. Jadi sebab umah aku pun ade kucing, aku pun nak buat pasal entry kucing gak la. Kucing ni bukan aku bela atau family aku bela, tapi kucing-kucing liar yang sesukahati je melepak kat stor umah aku. Tapi kucing ni jinak, comel tu yang best kekadang main-main ngan dia ni. Paling best kalau lepas makan nasi, tulang ikan tu mesti aku bagi dia makan. Kalau dari jauh dah nampak aku bawak pinggan nasi, mesti dia datang cepat- cepat ngan buat bunyi "miau miau". Hehe. Comel kucing ni

Cube Teka


Cuba teka ape mende di atas dan ape kegunaannya?
Jangan tanya aku, aku tak berapa tau jawapannye.

Pantang

Aku pantang betul kalau barang-barang aku diguna atau dipinjam tanpa pengetahuan aku. Aku juga pantang bila barang-barang aku di geledah bila aku takde kat umah. Macam baru-baru ni, bapak aku tanye "Lan, tayar motor tu dah botak, ko ganti le tayar baru", aku pun jawab "Nanti la bah, dapat gaji bulan depan kot, duit takde". Lepas tu bapak aku jawab "Aritu aku nampak ade duit 600 dalam laci bilik ko tu". Aku dalam hati memang $%#$#@#^%$#&. Sial betul, sesuke hati je selongkar barang aku.

Ade juga orang pinjam barang, aku bukan nak merungut ke komplen ke kan. Bila aku dapat balik barang tu, kondisi dia tak sama cam masa aku bagi pinjam. Sampai satu tahap tu, dia rosak. Try-try takleh on. Pergh menyirap satu badan. Rasa nak mengamuk je. Cilakak

Ni lagi satu, pagi tadi masa aku nak keluar rumah, aku cari-cari selipar aku, tapi takde, aku tanye mak aku, dia cakap "Abang ko pakai agaknye". Macam cibai, selipar pun takleh nak beli. Abih sekarang aku pening, nak pakai selipar bapak aku yang agak besar bagi saiz kaki aku ataupun selipar kakak aku yang ade gambar heart-heart ngan kartun-kartun comel?

Khamis, 13 November 2008

Batman Versi Azlan Dawai

Wayang

Perbualan di alam maya

Perempuan : Semalam saya pegi tengok wayang. Bosan cerita tu.

Lelaki : Yeke. Pegi tengok wayang tak ajak saya pun. Huhu

Perempuan : Ala, nanti saya bawak wayang pegi rumah awak ye.

Lelaki : Wayang ape?

Perempuan : Wayang kulit


Hmmm. Adakah aku fikir lucah, ataupun dia yang buat lawak lucah?

Rabu, 12 November 2008

Myspace

Sejak akhir-akhir ni kan aku pun heran, apesal la myspace aku banyak diminta permintaan sebagai kawan dari remaja-remaja belasan tahun tak kira lelaki dan perempuan. Aku pun heran, sebab sebelum-sebelum ni takde la ketara sampai macam ni. Ni tidak, banyak gila(yang aku tak approve lagi pun ramai). Hmmmm patut ke aku letak umur sebenar aku kat myspace?

Label-label baju indie pun banyak yang add aku. Aku tak berapa minat la label-label baju ni, kalau aku minat label tu, aku akan add sendiri.

Current Mood : Sakit leher akibat salah tidur

Sabtu, 8 November 2008

SMS

Semalam aku main-main sms ngan kawan perempuan. Dah sms-sms, aku mintak dia belanja aku. Dia cakap nanti dia belanja, belanja pau. Dua dia belanja.

Hmmm aku yang fikir lucah atau dia yang buat lawak lucah. Hmmmm

Selasa, 4 November 2008

Bodoh!

Hari ni aku jumpa orang paling bodoh pernah aku jumpa dalam hidup aku.
Bodoh!

Tipikal

Semalam masa aku jalan-jalan kat internet aku jumpa ayat ni :

"Man dari posisi bass akan bertukar pada posisi gitar.
Hehe...budak gemok kena main bass..
Man dah kurus..pasal tu dia main gitar. haha."

Haihhhhh tipikal
*Nama telah ditukar

Isnin, 3 November 2008

Sukahati korang

Nak kutuk ke nak maki ke sukahati korang la

Sabtu, 1 November 2008


Rambut aku sekarang (lebih kurang)macam gambar kat atas.

Ada orang kata macam sial
Ada orang kata macam nerd
Ada orang cakap comel
Aku cakap oldschool

Amacam?

Customer

Bengang betul aku pagi ni ngan sorang customer ni, pagi-pagi dah buat mood aku jadi tak baik. Dalam kepala dah pikir nak buat aksi di bawah je. Sialllllllll!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Filem

Patutnya entri ni aku nak letak gambar-gambar yg aku hantar cuci semalam. Tapi apakan daya, filem yang aku hantar untuk cuci semalam dikatakan rosak oleh orang kedai gambar tu. Tapi rasanye memang filem tu berkemungkinan rosak memang tinggi sebab filem tu dah expired. Tak taulah dia expired bila, tapi rasanya dah lama kot sebab film tu jenama Agfa. Jadi untuk mengubati hati yang luka kerana tak dapat letak gambar untuk filem yang baru dicuci, aku letak jelah gambar-gambar dari koleksi aku yang lama-lama.

Current mood : Sad :-(

klik gambar untuk besar